Wednesday, October 20, 2010

tok moh~~

Tah la sehari dua ni aku memang takleh nak ngadap Laptop walaupun banyak benda yang nak aku tulis untuk blog hampeh aku ni , bukan langsung tak boleh nak ngadap lptop, Tapi bila nak buat post baru je aku jadi blur tak tau mana nak mula, tu yang tau-tau je aku dh sampai kat blog orang lain.

Tapi Tok Moh yang aku nak cita ni takde kaitan dengan masalah aku dan blog ni, Nanti tak pepasal Korang ingat aku g jumpa bomoh sebab blog ni plak hehehe.

Al-kisah terjadilah kisah Toyib….. Kisahnya macam ni, Masa aku dalam perjalanan balik petang tadi kawan baik aku “Ayi” call aku, dia cakap nak jumpa sebab ada masalah sikit, dan kebetulan pula hari ni sebiji nasik pun belum masuk keperut, jadi aku cadangkan untuk kami berjumpa di kedai makan kepunyaan seorang lagi kawan kami iaitu “Cikgu”, pangilan tu kami beri bukan sebab dia guru tapi sebab kalau kat kedai dia hanya kata dia je yang betul,alasannya mudah je “kedai dia dia punya suka la” .


Sampai je aku kat sana, dari jauh aku nampak Ayi tengah bertekak dengan Cikgu, aku memang dah agak dah kalau makhluk berdua ni jumpa memang tu la kerjanya…, disebabkan tak nak terjebak dengan mereka, aku buat tak tahu dan tak tanya sebab mereka bertekak (yang biasanya tak dapat diterima akal) , aku terus masuk dan duduk dihadapan mereka, tapi rupanya aku tetap tak selamat, dan aku menjadi mangsa mereka berdua….

“Ni lagi sorang, sekolah je tinggi sampai empat tingkat, tapi perangai macam tingkat tiga bawah tanah…!!” kata Cikgu pada aku, “Tah..!, tetiba je nonong masuk kedai orang, salam tak apa tak, ni sape yang suruh duduk ni..?” sambung si Ayi.., Dalam Hati aku “Hampeh tul dua orang ni aku lak yang kena dah la pelanggan tengah ramai”. 

Malas Nak melayan meroyan mereka berdua, aku cuma senyum sambil tunggu makanan sampai, “walaupun aku dan Ayi belum buat pesanan”, tapi dah jadi kebiasaan Cikgu, kalau aku dan Ayi datang dia yang akan tentukan apa yang akan kami makan DAN kalau kami cakap kami nak makan benda lain dia akan halau kami pergi makan kat tempat lain.., Sentol betul…, Tapi yang pasti hanya dia sendiri yang akan masak untuk kitaorang dan masakan dia tak pernah mengecewakan tekak aku hehehehe,

Sambil menunggu makanan aku bertanya pada Ayi apa masalah dia sampai tak sempat jumpa kat rumah? sambil tersengeh dia jawab “sebab kecik ialah.. dia lapar dan nak ajak aku makan (rupanya dia pun lapar jugak), dan sebab besar nya ialah beg pinggang dia kena curi masa buat kerja kat kilang tadi” ( lupa nak cakap, Ayi ni pemilik kilang membuat Perabot) dan yang paling mengejutkan aku ialah dalam beg tu ada duit Rm 5 K yang hendak digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta dan lori beliau,

Dan tujuan dia jumpa aku adalah kerana nak aku temankan dia Untuk pergi Ke Pondok Tahfiz ”Lubuk Tapah” (Pasir Mas), Sebab dia nak mintak Ustaz dan budak budak pondok tu buat Solat Sunat Hajat supaya pencuri tu pulangkan balik Bag yang diambil tu, katanya dalam bag tu terdapat beberapa dokument penting, kalau dapat beg pun dah cukup dah katanya, duit tu dia halalkan.

Sebenarnya aku memang kenal sangat perangai Ayi ni ,

walau pun perwatakan dia tu nampak kasar dan lawak Biawak yang sering dia buat tapi, dia ni jenis yang tak berdendam, dan mudah memaafkan orang, pernah pada 2 tahun lepas ada satu kejadian dimana 3 set bilik tidur lesap dari kilang dia, tapi dia buat tak tahu dan tak ambil tindakan pada pekerja yang telah melesapkan set bilik tidur tu (angaran kerugian dia dalam rm 6 K) walaupun memang cukup bukti untuk sabitkan budak tu, alasan dia kesian budak tu sebab budak tu miskin, anak ramai, dan yang paling aku tak tahan bila dia cakap dia halalkan dan semua yang budak tu ambil dia kira sedekah, sebab dia taknak anak anak budak tu makan duit haram, lagipun dia cakap dalam Al Quran ada cakap Nanti Tuhan akan bagi lebih lagi kat dia daripada apa yang dia dah sedekahkan tu, bila aku dengan cikgu cuba pertikaikan tindakan dia, dia tanya balik aku dan cikgu adakah aku tak percaya apa yang ada kat dalam Al-Quran tu? dan kalau kami percaya apa masaalahnya dengan tindakan dia tu? Aku dengan cikgu hanya mampu diam je hehehe…
Tapi memang betul, dari apa yang aku perhatikan perniagaanya makin maju dari setahun ke setahun hinggakan ada tempahan yang terpaksa ditolak, disebabkan tak cukup masa, dan bilangan pekerjanya juga semakin ramai, dari sebuah lori sekarang dah ada 3 buah lori yang digunakan untuk menghatar tempahan.

Tengah aku asyik berbincang dengan Ayi tentang rancangan kami malam nanti Cikgu muncul dengan hidangan nya, Tampa dipelawa Cikgu terus duduk di sebelah aku dan Ayi, dan bertanya apa “masaalah problem” ( ayat kegemaran Cikgu) yang kami bincangkan?.

Nak taknak terpaksalah Ayi ulangtayang semula ceritanya dari 1 sampai Z, tampa meninggalkan sebarang isi dan maklumat penting, Cerita sikit punya panjang tapi hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulut Cikgu “Nak Ikut” aku dan Ayi tersenyum, memang seperti yang apa kami jangkakan, Tapi… (sambung Cikgu) lepas jumpa Ustaz tu dia ada lagi satu rancangan, malam nanti dia cerita..

Setelah berbincang kami sepakat untuk kesana selepas Magrib, supaya kami sempat untuk Solat Isyak berjemaah bersama ustaz dan pelajar kat masjid di pondok tu.

Seperti dijanjikan Ayi datang menjemput aku dan kami singgah di kedai Cikgu Untuk jemput dia, semasa dalam perjalanan Cikgu mula bagitahu kami apa rancangannya, dia rancang nak bawa kami Jumpa seorang Bomoh kat Rantau Panjang, bersempadan dengan Golok (Thailand), dia cakap dulu dia pernah temankan biras dia jumpa bomoh ni untuk cari motor biras dia yang dicuri, dan tak sampai seminggu pencuri tu hantar semula motor tu, pada mulanya aku dan Ayi menolak, tapi bila dia cakap “alah bukannya nak percaya kat bomoh tu, tapi sekadar ikhtiar, mana tau kot boleh jumpa, lagi satu bila lagi nak tengok tok bomoh buat CSI hehehe” jadi kami berdua pun setuju dengan rancangan Cikgu tu,

Dan masa ni lah aku telah melakukan dua kesilapan bodoh……..,

tunggu sambungannya....

2 comments: